Tentang Kami
Sejak tahun 1980, aktiviti penerimaan tempahan dan jahit menjahit bermula di rumah. Pelanggan kami bukan sahaja terdiri daripada jiran-jiran dan saudara mara tetapi juga dari luar daerah seperti Buki Besi, Jerangau, juga di daerah Kuala Berang. Berasaskan penerimaan tempahan yang banyak, beberapa orang wanita kampung kami dan juga pelajar latihan dari institusi tertentu yang ingin menambah pendapatan dilatih untuk memahirkan diri dalam menghasilkan pakaian yang berkualiti bersesuaian dengan permintaan pelanggan.
Melalui aktiviti ini, kami dapat membantu :
- menambah pendapatan isirumah bagi mereka yang terlibat sama ada pekerja mahir, separuh mahir, pekerja tidak mahir dan pekerja sambilan.
- pengalaman kerja dalam bidang pembetulan pakaian yang diperolehi pekerja akan dapat digunakan mereka untuk berdikari pada masa hadapan.
Setelah sekian lama berusaha, akhirnya pada Januari 2008, kami membuka sebuah premis untuk meneruskan aktiviti perniagaan ini ditempat baru iaitu di No. K021 (A).Taman Mulia, BandarAl- Muktafi Billah Shah, 23400, Dungun, Terengganu . Walau bagaimanapun, aktiviti di rumah masih lagi dijalankan bagi membantu dan memudahkan para wanita terbabit melakukan kerja tanpa perlu berulang alik dari Bandar Al Muktafi Billah Shah ke pusat bandar Dungun.